Tuesday, 31 January 2012

SALASILAH KETURUNAN NABI MUHAMMMAD S.A.W

Nabi Muhammad s.a.w merupakan nabi dan rasul yang terakhir diutuskan oleh allah bagi menjadi model terulung untuk seluruh alam serta kedatangannya juga adalah untuk “ Menyempurnakan Akhlak” manusia. Nabi Muhammad merupakan keturunan kepada Nabi Allah Ismail dan Nabi Allah Ibrahim. Berikut merupakan kronologi salasilah keturunan berikut diterangkan penama-penama yang merupakan atuk moyang Baginda Nabi Muhammad s.a.w:

R  Nabi Muhammad s.a.w ( Muhammad bin Abdullah)
R  Abdullah Bin Abdul Mutalib
R  Abdul Mutalib Bin Hashim
R  Hashim Bin Abdul Manaf
R  Abdul Manaf Bin Qusai
R  Qusai Bin Kilab
R  Kilab Bin Murrah
R  Murrah Bin Kaab
R  Kaab Bin Luay
R  Luay Bin Ghalib
R  Ghalib Bin Fahr
R  Fahr Bin Malik
R  Malik Bin An-Nadr
R  An-Nadr Bin Kinanah
R  Kinanah Bin Khuzaimah
R  Khuzaimah Bin Mudrikah
R  Mudrikah Bin Elyas
R  Elyas Bin Mudar
R  Mudar Bin Nizar
R  Nizar Bin Ma’ad
R  Ma’ad Bin Adnan
R  Adnan Bin Add( Diriwayatkan Merupakan Pemerintah Pertama Bagi Kota Suci Makkah Lahir Tahun 122 SM)
R  Add Bin Humaisi
R  Humaisi Bin Salaman
R  Salaman Bin Aws
R  Aws Bin Buz
R  Buz Bin Qamwal
R  Qamwal Bin Obai
R  Obai Bin Awwam
R  Awwam Bin Nashid
R  Nashid Bin Haza
R  Haza Bin Bildas
R  Bildas Bin Yadlaf
R  Yadlaf Bin Tabikh
R  Tabikh Bin Jahim
R  Jahim Bin Nahish
R  Nahish Bin Makhi
R  Makhi Bin Ayd
R  Ayd Bin Abqar
R  Abqar Bin Ubayd
R  Ubayd Bin Ad-Daa
R  Ad-Daa Bin Hamdan
R  Hamdan Bin Sanbir
R  Sanbir Bin Yathrabi
R  Yathrabi Bin Yahzin
R  Yahzin Bin Yalhan
R  Yalhan Bin Arami
R  Arami Bin Ayd
R  Ayd Bin Deshan
R  Deshan Bin Aisar/Aizar
R  Aizar Bin Afnad
R  Afnad Bin Aiham
R  Aiham Bin Muksar
R  Muksar Bin Nahith
R  Nahith Bin Zarih
R  Zarih Bin Sani
R  Sani Bin Wazzi
R  Wazzi Bin Adwa’
R  Adwa’ Bin Aram
R  Aram Bin Haidir
R  Haidir bin ismail (anak Nabi Ismail) ( dipanggil Kedar dalam Injil Kristian)
R  Ismail bin Ibrahim ( Ishmael bin Abraham) (Nabi Ismail a.s )
R  Ibrahim bin azar ( Nabi Ibrahim a.s )

Sunday, 29 January 2012

Kelebihan Sembahyang di Masjid Nabi s.a.w


Riwayat: 
 (al-Bukhari dan Muslim)
Kategori: 
 Ibadah
Hadith: 
Dari Abu Hurairah, r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Satu sembahyang di masjid ku ini lebih afdhal daripada seribu sembahyang di masjid-masjid yang lain, kecuali masjid al-haram di Mekah
Huraian Hadith: 
1. Masjid diambil dari perkataan sujud yang bererti taat, patuh dan tunduk dengan penuh hormat di mana meletakkan dahi, kedua telapak tangan dan jari-jari kaki adalah bentuk lahiriah yang paling nyata dari makna-makna tersebut. Dari sini bangunan yang secara umum digunakan untuk sujud, solat dan mengabdi kepada Allah, Tuhan Yang Maha Esa, dinamakan masjid.
2. Tiga buah masjid yang penting dan sangat agung di dalam sejarah umat Islam ialah Masjidil Haram, Masjid Nabi dan Masjidil al-Aqsa.
3. Antara tempat-tempat istimewa yang ada pada dalam masjid Nabi ialah terdapatnya makam Nabi Muhammad s.a.w dan juga satu kawasan bernama Raudhah yang disifatkan sebagai tempat yang paling mustajab untuk berdoa kepada Allah SWT.
4. Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya:
Sesiapa yang bersembahyang di masjid ku empat puluh sembahyang (dengan syarat) ia tidak ketinggalan satu sembahyang pun, akan dituliskan baginya pelepasan dari neraka, dan pelepasan dari azab siksa dan ia juga akan bersih dari sifat munafik (Imam Ahmad dan at-Tabrani)

Tuesday, 10 January 2012

Wajib Beriman Kepada Nabi Muhammad s.a.w Dan Agama Islam

Riwayat: 
 Jabir bin Abdullah r.a
Hadith: 
Rasulullah s.a.w bersabda: " Aku dikurniakan beberapa keistimewaan yang tidak pernah diberikan perkara-perkara itu kepada seseorang pun dari Nabi-nabi yang terdahulu daripadaku.; dan biasanya seseorang Nabi itu diutuskan kepada kaumnya sahaja, sedang aku diutuskan kepada umat manusia seluruhnya." Dan pada satu riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah ( Baginda s.a.w bersabda ): "..sedang aku diutuskan kepada sekalian makhluk."
Huraian Hadith: 
Rasulullah s.a.w bersabda: " Aku dikurniakan beberapa keistimewaan yang tidak pernah diberikan perkara-perkara itu kepada seseorang pun dari Nabi-nabi yang terdahulu daripadaku.; dan biasanya seseorang Nabi itu diutuskan kepada kaumnya sahaja, sedang aku diutuskan kepada umat manusia seluruhnya." Dan pada satu riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah ( Baginda s.a.w bersabda ): "..sedang aku diutuskan kepada sekalian makhluk."

Kerasulan Nabi Muhammad s.a.w

Kerasulan Nabi Muhammad s.a.w
Tarikh:  Nov 21, 2011
Riwayat:  Abu Hurairah r.a
Kategori:  Akidah
Hadith: 
Rasulullah s.a.w bersabda: " Demi Tuhan yang diri Muhammad dalam kekuasaan-Nya! Tidak ada seseorang pun dari umat manusia ini sama ada Yahudi atau Nasrani yang mendengar akan perihalku ( menjadi utusan Allah ) kemudian ia mati sedang ia tidak beriman dengan ( agama Islam ) yang aku diutuskan membawanya melainkan menjadilah ia dari ahli neraka."
Huraian Hadith: 
Rasulullah s.a.w bersabda: " Demi Tuhan yang diri Muhammad dalam kekuasaan-Nya! Tidak ada seseorang pun dari umat manusia ini sama ada Yahudi atau Nasrani yang mendengar akan perihalku ( menjadi utusan Allah ) kemudian ia mati sedang ia tidak beriman dengan ( agama Islam ) yang aku diutuskan membawanya melainkan menjadilah ia dari ahli neraka."